Tuesday, December 13, 2011

Ford tampil dengan MPV S-Max lebih sporty

Ketika semua pengeluar kenderaan memperagakan keluaran MPV mereka, Ford tidak terkecuali dengan model terbaru yang dilihat lebih hebat dan menarik iaitu Ford S-Max.
Pada Jun lepas, Ford telah memperkenalkan MPVnya, S-Max dengan penampilan yang lebih bergaya dan menarik perhatian peminat MPV walaupun ia bersaing hebat dengan Peugeot 5008.

S-Max ditampil dengan ciri-ciri keselamatan yang inovatif baru termasuk Sistem Maklumat Spot Buta (BLIS ®) dengan pemasangan cermin yang lebih besar.

Ia juga turut dipasang dengan alat pengesan di setiap sudut termasuk di bahagian hadapan bagi memudahkan pemandu berdepan ruang parking yang sempit atau berdepan pelanggaran halangan di bahagian hadapan. S-Max turut meletak cermin besar bagi meminimumkan titik buta buat pemandu.
S-Max turut tidak terlepas dari ciri-ciri keselamatan apabila dilengkapkan dengan kuasa ‘Power Child Lock’ di pintu belakang bagi keselamatan kanak-kanak.
Gril radiator yang lebar memberi penampilan S-Max lebih garang disamping sepasang lampu LED DRL (Day Running Lights) dan lampu tama yang berbucu tajam. Tidak ketinggalan, lampu kabus yang baru melihat menekankan pengaruh reka bentuk kinetik Ford.
Di bahagian belakang S-Max, ia tampak lebih moden dan menyerlah berbanding MPV keluaran lain dengan turut dipasang lampu LED yang memanjang ke rusuk sebelah belakang. Turut disemat dengan krom bar antara lampu ekor LED disamping logo timbul yang tampak lebih timbul.
Kelihatan S-Max ditampilkan lebih sporty berbanding MPV keluaran lain di pasaran. Disamping penampilan lebih sporty, S-Max turut dipasang dengan ‘sirip’ pada sisi arca roda hadapannya supaya kelihatan lebih mantap dan bergaya.
Ciri-ciri lain, S-Max turut dikemaskan dengan jalur krom di bahagian sisi mengelilingi kawasan tetingkap kaca yang kelihatan lebih anggun dan sporty.

Buat pencinta muzik, S-Max memberi satu pengalaman lain dari yang lain apabila ia dilengkapi sistem bunyi berkuasa 265 dengan speaker yang dinaik taraf dengan pusat saluran tambahan di tengah-tengah dashboard dan sub-woofer besar yang dipasang di belakang kerusi hadapan sebelah kiri.

S-Max merupakan MPV pertama menawarkan enjin EcoBoost SCTi Ford serba baru 2.0 liter yang menandakan satu era baru dalam pembangunan enjin petrol Ford.

Pembinaan berasas aluminium yang ringan, generasi terbaru sistem injection tekanan tinggi. Enjib 2.0 S-Max turut mempunyai sistem pembakaran yang memberi tahap prestasi yang bagus dan kecekapan bahan api untuk enjin petrol.

Namun begitu, walaupun dengan prestasi ini responsif, ekonomi bahan api dan pengeluaran CO2 dari enjin baru dengan ketara bertambah baik. Berbanding dengan sebelumnya 161 PS 2.3 liter powertrain automatik, pelepasan CO2 dapat dikurangkan sebanyak 19 peratus kepada 189 g / km, walaupun enjin SCTi baru 2.0 liter mempunyai kuasa lebih daripada 25 peratus.

EcoBoost SCTi enjin 2.0-liter mempunyai output maksimum 203 PS (149kW) pada 5500 rpm, digabungkan dengan tork maksimum 300 Nm, yang dihantar di seluruh julat 1,750-4,500 rpm yang luas. Dengan powertrain baru ini, Ford S-MAX mencapai 0-100km / h (0-62 mph) pecutan dalam 8,5 saat dan kelajuan tertinggi 221 km / h (137 mph).

Pada masa yang sama, Ford S-Max menawarkan enjin diesel yang telah dipertingkat secara signifikan. Ia dinaik taraf enjin 2.0-liter Ford Duratorq TDCi, mematuhi peringkat V pelepasan peraturan-peraturan dan juga boleh didapati dalam tiga peringkat kuasa - 115, 140 dan 163 PS (85, 103 dan 120 kW).

Turut direka bentuk untuk prestasi yang ditapis dan kos pemilikan yang rendah, enjin-baru Duratorq TDCi turut ekonomi penggunaan bahan apinya dan prestasi yang mengagumkan gabungan CO2. Dengan pengambilan 5,7 l/100 km dengan transmisi manual enam kelajuan, membuktikan bahawa ia adalah mungkin untuk menggabungkan pemanduan yang menyeronokkan dan menarik prestasi dengan kecekapan yang tinggi.

Walaupun direka lebih besar, namun S-Max yang dibekalkan kawalan stereng yang lebih responsif dan mantap disampiing kuasa menerusi kotak gear enam kelajuan yang lancar menyebabkan pemanduannya lebih ringan.

Turut dikategori sebagai kelas mewah, S-Max yang bersaiz besar turut menyediakan tujuh ruang tempat duduk yang selesa bagi penumpang dan pemandu.

Sesuai dengan rekaan yang kembung dan besar, ruang kargo S-Max ditampilkan dengan lebih luas disamping tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya bagi membolehkan barang bersaiz besar diletak tanpa sebarang masalah.

S-Max ditawarkan dengan harga bersesuaian dengan penampilan hebatnya di pasaran tempatan iaitu RM185,888 (harga atas jalan beserta insurans).

HONDA CIVIC 2012







Tuesday, November 22, 2011

Suzuki Swift EV Hybrid 2013 Baru

Suzuki mempertaruhkan satu lagi model baru, Suzuki Swift EV Hybrid. Dengan sentuhan yang berbeza dari model Swift yang terdapat sekarang. Dari papan pemuka dalaman yang diatur kemas dan ianya juga merupakan model kereta hybrid daripada Suzuki.




Bugatti Veyron; penanda aras baru

Supercar, kereta super, apa pun difinasi anda mengenai supercar. Antara salah satu persamaan diantara jenama-jenama supercar ialah harga yang mahal dan bentuk yang mempersonakan. Semua orang suka melihat dan jika mampu ingin memiliki supercar. Tapi dalam beberapa tahun atau berpuluh tahun sekali akan ada supercar yang melebihi penanda aras atau benchmark. Di sinilah datangnya Bugatti Veyron. Sebut betul-betul, biu-gat-ti vei-ron.
 Asal nama Bugatti adalah dari  Ettore Arco Isidoro Bugatti pencipta dan pereka automobil kelahiran Itali dan menetap di Perancis. Manakala nama Veyron pula ialah nama pelumba dari Perancis Pierre Veyron, yang memenangi 24 hours of Le Mans pada tahun 1939 untuk syarikat Bugatti pada masa itu. Apa yang membuatkan kereta ini hebat ialah pereka kereta ini telah menulis semula “undang-undang” atau falsafah penciptaan supercar pada masa itu 


Pada Disember  2000, Volkswagen telah membeli syarikat Bugatti Automobiles S.A.S. Seperti mimpi boss Volkwagen berkata “ jom buat kete paling power sekali” . Bincang punya bincang mereka telah bersetuju akan satu perkara. Kereta ini mestilah mempunyai 1000 kuasa kuda. (Perbandingan : kereta 1.6 moden mempunyai 140-160 kuasa kuda)  Dari prinsip 1000bhp itu mereka mula mencipta.

Secara asas untuk menghasilkan 1000 bhp sebuah enjin hendaklan membakar 5 liter petrol. Jika Dodge Viper 8000 cc V8 (tanpa turbo) menghasilkan 500bhp, maka 1000bhp = 16000 cc . Meninggal nak bayor road tax! Tetapi 16000 cc (16 liter) V8 terlalu besar untuk enjin kereta. Piston besar = masalah putaran dan terlalu berat. Maka cara mudah untuk meningkatkan kuasa kuda tapi mengecilkan saiz enjin ialah = turbocharging.  Secara asas enjin turbo…. Kepishh… (bunyi blow off sikit) menyedut udara mampat lebih ke dalam enjin. Secara asas 2 kali ganda  udara = 2 kali ganda petrol boleh dibakar. Kalau dah turbo semua dok tanyer berape PSI.. Enjin ini cuma 18 psi sahaja. Dengan bantuan turbo saiz enjin ini dikurangkan dari 16 liter kepada 8 liter yang munasabah dan senang JPJ nak kira road tax nyer. Untuk mengurangkan lag turbo dan mengekalkan rpm yang tinggi ialah untuk sekali gandakan jumlah piston. 16 piston terhasil dari  bentuk “W”. Kira senang cakap ambil 2 enjin V8 dan kembar siamkan kepada W16. 4 injap satu silinder, so.. 64 valve..  

Beberapa perkara tentang enjin ini ialah ianya menggunakan “variable cam timing” ala.. cam vtec dan vvti la…. Radiator besor untuk penyejukkan dan “ dry sump lubrication system “ . senang cakap enjin biasa penakung minyak ada di bawah enjin tapi “ dry sump” penakung minyak di tempat lain. Yang best kedudukan enjin yang lebih rendah untuk pengendalian yang hebat. 
Di bahagian tranmisi pula kereta ini mengunakan system gear 7 kelajuan dengan dual clutch ( kelac berkembar) . Pertukaran gear untuk kereta ini dikawal sepenuhnya dengan computer. Tambahan pacuan empat roda ‘all wheel drive’ bersama traction control adalah penting untuk menyalurkan sepenuh kuasa enjin pada keempat-empat roda. Sistem tranmisi ini mengambil 5 tahun untuk disempurnakan dengan jaminan jangka hayat  10-20 tahun jika diselengarakan dengan betul.
Reka bentuk badan kereta ini datang kemudian kerana unutk kereta ini seperti mereka bentuk kereta untuk menyaluti enjin. “the car was built around the engine”. Setiap liang lurah dan spoiler adalah berfungsi untuk penyejukkan, aerodinamik dan kestabilan . Saiz keseluruhan badan kereta ini , 200cm lebar, 447cm panjang dan 122cm tinggi. (Lebar Hummer H2 adalah 203cm)
 Untuk kereta ini Michelin terpaksa mereka bentuk tayar yang dapat di gunakan dalam kelajuan 431km/h. Lebar tayar  hadapan  245/690 R 520 dan 365/710 R 540 belakang. Harga? Tambah semua digit dalam siri tayar tu kot.. 
Anda mungkin berkata Nissan Skyline boleh di tala lebih dari itu dengan hanya enjin 6 silinder. Perlu diingat bahawa kereta skyline itu mungkin tidak sesuai dipandu untuk semua orang. Manakala jurutera Veyron ini berkata kereta ini boleh dipandu oleh nenek tua tanpa ada masalah pengawalan. Super car yang di cipta untuk semua. Tahukan anda bahawa Lamborgini Countach sangat sukar dipandu dan dikawal. Kebanyakan supercar juga sangat mudah rosak.  Berbaloikah semua ini untuk jutaan Ringgit. Siapa tahu? Tapi yang penting kereta ini telah membuat tanda aras yang  baru untuk supercar lain ikuti. Untuk model kereta ini bukanlah mendatangkan keuntungan yang banyak, Cuma untuk membuktikan bahawa jurutera Volkswagen dan Bugatti  mampu melakukanya. “ kami terrer